v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Persediaan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China Diadakan
2007-10-14 20:06:20 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, sidang persediaan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China (PKC) telah diadakan di Beijing hari ini.

Sidang persediaan tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao. Senarai nama anggota Jawatankuasa Pengesahan Kelayakan Wakil Kongres Kebangsaan PKC yang terdiri daripada 22 orang, dan senarai nama anggota Presidium yang terdiri daripada 237 orang telah diluluskan dalam sidang persediaan tersebut. Zeng Qinghong dipilih sebagai Ketua Setiausaha Kongres Kebangsaan kali ini.  Sidang persediaan itu juga meluluskan pembentukan jabatan sekretariat Kongres Kebangsaan kali ini serta tugasnya.

Sidang persediaan tersebut juga meluluskan agenda Kongres Kebangsaan Ke-17 KPC, termasuk mendengar dan membahaskan laporan Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China, membahaskan laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-16 Parti Komunis China, membahaskan dan meluluskan Perlembagaan Parti Komunis China (Pindaan), memilih Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China dan memilih Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-17 Parti Komunis China.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |