v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mesyuarat Pertama Presidium Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC Diadakan
2007-10-14 20:39:24 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, mesyuarat pertama Presidium Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China (PKC) telah diadakan di Beijing petang ini. Sidang tersebut telah meluluskan senarai nama anggota Jawatankuasa Tetap Presidium yang terdiri daripada 36 orang termasuk Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Hu Jintao, laporan pengesahan kelayakan wakil serta agenda Kongres Kebangsaan ke-17. Mesyuarat itu juga menetapkan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC akan dirasmikan pada 15 Oktober dan akan ditutup pada 21 Oktober.

Laporan pengesahan kelayakan wakil Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC yang diluluskan dalam sidang tersebut telah menyatakan bahawa pemilihan wakil kali ini diadakan secara ketat menurut proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan Parti serta peraturan PKC. Terdapat 2213 orang wakil akan menghadiri Kongres Kebangsaan kali ini. Mereka memenuhi kelayakan wakil Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC dan merupakan anggota unggul PKC. Mereka telah mencapai hasil cemerlang dalam kerja dan boleh mewakili semua anggota PKC.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Jawatankuasa Pusat PKC telah mengundang 57 orang wakil khas untuk menghadiri Kongres Kebangsaan kali ini. Mereka mempunyai hak yang sama dengan wakil yang lain. Jawatankuasa Pusat PKC juga telah mengundang petugas berkenaan PKC dan sebahagian tokoh-tokoh bukan anggota PKC untuk menghadiri Kongres Kebangsaan kali ini.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |