Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan diadakan pada 15 Oktober. Rakyat daripada pelbagai tempat China masing-masing menyampaikan ucapan tahniah atas Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China melalui surat dan telefon kepada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.
5 orang penduduk daripada bandar Shangqiu Provinsi Henan dalam surat mereka telah menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yang akan diadakan merupakan hal penting bagi rakyat. Mereka berharap agar Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China dapat memberi manfaat bagi rakyat dan keharmonian masyarakat.
Banyak surat kepada Jawatankuasa pusat Parti Komunis China telah berpendapat bahawa pembaharuan China dalam pelbagai bidang sedang berada pada tahap yang penting. Parti Komunis Chian telah mengumpulkan banyak pengalaman dalam proses pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu, Parti Komunis China pasti akan memimpin rakyat China untuk mencapai kecemerlangan yang lebih besar.
|