Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan diadakan di Beijing pada 15 Oktober ini. Sehingga malam semalam kesemua 38 buah delegasi yang akan menyertai Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah melaporkan diri kepada kongres tersebut.
Para wakil berharap agar Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan bermanfaat bagi mewujudkan keharmonian masyarakat dan perkembangan yang lebih besar. Mereka berkeyakinan bahawa China akan terus berkembang secara pesat selepas Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China.
|