Menurut berita CRI, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan dirasmikan di Beijing pada 15 Oktober ini. Jurucakap penerangan kongres kali ini, Li Dongsheng dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini telah menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China akan diadakan pada 15 hingga 21 Oktober ini. Kini pelbagai kerja persiapan telah siap sedia.
Dimaklumkan, jumlah wakil kongres kali ini mencatat 2213 orang. Kini, agenda Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah ditetapkan, termasuk: mendengar dan membahaskan laporan Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China, membahaskan laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-16 Parti Komunis China, membahaskan dan meluluskan Perlembagaan Parti Komunis China (Pindaan), memilih Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China dan memilih Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-17 Parti Komunis China.
Li Dongsheng juga berkata bahawa selepas Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China ditutup, Sidang Pleno Pertama Jawatankuasa Pusat Ke-17 dan Sidang Pleno Pertama Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-17 Parti Komunis China akan diadakan.
|