Menurut berita CRI, akhbar Renminribao China akan menerbitkan rencana pengarang pada 15 Oktober untuk mengucapkan tahniah atas perasmian Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China (PKC).
Dalam rencana pengarang tersebut dinyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-17 PKC merupakan persidangan yang amat penting sempena pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China. Kongres tersebut akan menetapkan strategi pembangunan bagi mendorong pelaksanaan pembaharuan dan dasar buka pintu serta pembangunan modenisasi sosialis China, di samping membuat kesimpulan terhadap pengalaman yang berharga dalam pembangunan sosialisme yang bercirikan China di bawah pimpinan PKC.
Rencana itu berbunyi, pembaharuan dan dasar buka pintu serta pembangunan modenisasi sosialis China telah mencapai kemajuan yang amat membanggakan dalam puluhan tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi selepas Kongres Kebangsaan ke-16 PKC diadakan pada 5 tahun yang lalu, dengan adanya usaha Parti Komunis China, rakyat China telah menikmati hasil pembangunan negara.
|