Menurut berita CRI, menjelang Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China (PKC), media, ahli politik dan sarjana daripada pelbagai negara asing telah menaruh perhatian yang tinggi serta menantikan kongres tersebut.
Presiden Parlimen Eropah, Hans-Gert Pottering baru-baru ini menyatakan bahawa kongres tersebut bukan sahaja amat penting bagi China, malah penting bagi seluruh dunia. Beliau berharap agar kongres tersebut akan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kerjasama antara China dengan masyarakat antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuk pencegahan pemanasan global.
Pelbagai media massa Britain termasuk Financial Times berpendapat bahawa kongres itu akan meningkatkan tahap pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu di China.
|