v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelbagai Kalangan Masyarakat Hong Kong dan Makau Taruh Perhatian Tinggi Terhadap Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC
2007-10-14 14:05:28 Harian Renmin Ribao

Menurut akhbar Renminribao China, menjelang Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China (PKC), tokoh daripada pelbagai kalangan masyarakat Hong Kong dan Makau telah menyatakan bahawa kongres tersebut akan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan dasar pembaharuan dan buka pintu China ke tahap yang baru. Masa depan Hong Kong dan Makau amat cerah.

Anggota Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, yang juga Presiden Kumpulan Goldlion Hong Kong, Tsang Hin-Chi berkata, beliau berharap agar Parti Komunis China akan bersatu padu dengan semua tenaga yang lain untuk mencapai kecemerlangan yang lebih besar dalam pembangunan China.

Anggota Jawatankuasa Tetap Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat daripada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Encik Chen Yongqi telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap masalah kehidupan rakyat. Beliau yakin bahawa kongres tersebut akan mementingkan masalah pembasmian kemiskinan dan meningatkan taraf kehidupan rakyat agar menubuhkan masyarakat harmoni.

Pengarang yang terkenal dari Makau, Encik Zheng Guoqiang menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-17 PKC akan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan peradaban, penguatkuasaan undang-undang dan kesamarataan masyarakat. Tanah Besar China akan mejadi lebih makmur dan menyediakan sokongan terhadap pembangunan dan kemakmuran di Hong Kong dan Makau.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |