Menurut berita CRI, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao semasa membentangkan laporan dalam Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China hari ini telah menyatakan bahawa China akan terus memperluas dan memperdalam pelaksanaan dasar buka pintu dan meningkatkan taraf ekonomi yang bersifat terbuka.
Hu Jintao berkata bahawa China akan mengubahkan cara pertumbuhan perdagangan luar, mengubahsuai struktur import eksport, meningkatkan perdagangan berproses dan perdagangan perkhidmatan, membaharui cara penggunaan pelaburan asing. Beliau juga menambah bahawa China akan membaharui cara pelaburan kepada luar dan kerjasama, menyokong perusahaan untuk menjalankan kerjasama antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pengeluaran dan penjualan. Di samping itu China akan terus menjalankan strategi zon perdagangan bebas dan meningkatkan kerjasama dua hala atau pelbagai hala dalam bidang perdagangan. Beliau menegaskan bahawa China akan mengambil langkah untuk mengekalkan imbangan pembayaran.
|