Menurut berita CRI, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao dalam Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China hari ini telah menyeru kedua-dua pantai Selat Taiwan agar menyelesaikan situasi permusuhan dan mencapai perjanjian damai melalui rundingan berdasarkan prinsip satu China.
Hu Jintao menegaskan bahawa prinsip satu China merupakan asas politik perkembangan hubungan kedua-dua pihak secara damai. Parti Komunis China bersedia untuk berdialog dan mengadakan rundingan dengan sebarang parti politik di Taiwan yang mengiktiraf satu China. Selain itu, Parti Komunis China juga akan terus melaksanakan dasar dan langkah yang bermanfaat kepada saudara setanah air di Taiwan di samping memelihara kepentingan mereka di sisi undang-undang.
Hu Jintao juga menegaskan bahawa pihak Tanah Besar akan terus berusaha dengan sedaya upaya untuk merealisasikan penyatuan semula secara damai.
|