Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah dirasmikan di Beijing pagi ini. Presiden China Hu Jintao menyatakan bahawa sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China diadakan pada tahun 2002, China telah mencapai kemajuan yang cemerlang dalam pelaksanaan pembaharuan dan buka pintu, pembinaan masyarkat yang kaya. Kekuatan bersepadu China meningkat ketara, rakyat mendapat banyak manfaat dan kedudukan China di arena antarabangsa semakin meningkat.
Beliau menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun yang lalu, ekonomi China bertumbuh dengan pesat, dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan dengan baik dan mencapai kemajuan yang cemerlang, taraf hidup rakyat China meningkat dengan ketara. Selain itu, pembinaan demokrasi dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang. Keupayaan pentadbiran dan usaha Parti Komunis China dalam mengembangkan sosioekonomi telah meningkat terus-menerus.
|