v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao: China Harus Mempercepat Pembangunan Masyarakat yang Mengutamakan Pembaikan Kehidupan Rakyat
2007-10-15 11:35:55 CRI

Menurut berita CRI, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao berkata, China harus mempercepat pembangunan masyarakat yang mengutamakan pembaikan kehidupan rakyat, memperluas perkhidmatan awam serta mewujudkan kesamarataan dan keadilan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan dalam Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China yang dirasmikan di Beijing hari ini.

Hu Jintao menyatakan bahawa China harus memegang pendidikan dan perubatan awam sebagai perkhidmatan awam, meningkatkan peruntukan kewangan bagi menjamin kemasukan sekolah bagi anak-anak daripada keluarga miskin dan pekerja dari desa di samping membentuk sistem perkhidmatan kesihatan awam yang melibatkan penduduk di bandar dan desa.

Beliau menambah bahawa China harus mewujudkan sistem pekerjaan yang sama rata antara pekerja dari desa dan bandar, dan menyempurnakan sistem bantuan pekerjaan yang melibatkan semua penduduk miskin.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |