Menurut berita CRI, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Hu Jintao menyatakan semasa membentangkan laporan dalam Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China hari ini bahawa China akan mengekalkan jalan pembangunan damai.
Hu Jintao menyatakan, China berusaha untuk menyelesaikan konflik dan masalah antarabangsa secara damai, menentang keganasan dalam sebarangan bentuk. China melaksanakan dasar pertahanan yang membela diri, tidak akan mengadakan perlumbaan senjata, dan tidak memberi ancaman ketenteraan terhadap negara lain. China menentang hegemonisme dan politik kekuatan.
Hu Jintao menegaskan, China akan terus meningkatkan dialog strategik dengan negara maju, mengintensifkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan negara di sekitarnya, secara aktif mengadakan kerjasama serantau, meningkatkan kerjasama dan perpaduan dengan negara membangun, dengan aktif mengambil bahagian dalam urusan pelbagai hala, menanggung kewajipan antarabangsa, dan memainkan peranan yang membina.
|