Menurut berita CRI, ramai pendengar bagi siaran pelbagai bahasa CRI berturut-turut menyampaikan syabas dengan pelbagai cara sempena perasmian Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China.
Pendengar dari Brazil, Paulo Silva dalam e-melnya kepada CRI menyatakan bahawa selepas mendengar laporan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao dalam majlis perasmian kongres tersebut, beliau berpendapat bahawa kongres ini tentu akan memainkan peranan yang penting bagi memangkinkan pembinaan masyarakat yang harmoni dan pembangunan ekonomi China.
Ahli Persatuan Persahabatan China-Rusia, Encik Borislav Agajanov dalam kawat tahniah telah menyatakan bahawa beliau akan terus memberikan perhatian terhadap laporan CRI mengenai kongres ini. Beliau yakin bahawa kongres dan resolusinya tentu akan mendorong China untuk mencapai kemajuan yang lebih cemerlang dalam pelbagai bidang.
|