Menurut berita CRI, Menteri Pendidikan China, Encik Zhou Ji hari ini di Beijing telah menyatakan bahawa sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China diadakan pada tahun 2002, usaha pendidikan China terus berkembang dengan sihat dan seimbang dan telah mencapai kemajuan baru dalam kesamarataan pendidikan.
Zhou Jie berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat berita Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China hari ini. Beliau berkata bahawa selepas Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China, kadar kemasukan sekolah di China meningkat dengan lebih lanjut. Peluang pendidikan bagi warga negara dapat diperluaskan dan taraf pendidikan semakin meningkat.
|