Menurut berita CRI, pemimpin pelbagai negara telah menyatakan perhatian penuh terhadap Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yang dirasmikan di Beijing semalam.
Perdana Menteri Sri Lanka, Ratnasiri Wickramanayake telah menyatakan syabas kepada perasmian sidang tersebut semalam. Beliau menyatakan bahawa kejayaan cemerlang yang dicapai oleh China telah menunjukkan pembangunan sosialisme yang bercirikan China merupakan satu-satu kaedah untuk mewujudkan kemakmuran negara dan kebahagiaan rakyat.
Senator Mexico, Adriana Gonzalez semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa sidang tersebut mempunyai erti yang penting dan akan memberi asas yang kukuh bagi meningkatkan taraf hidup rakyat China.
|