Menurut berita CRI, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah dirasmikan di Beijing semalam. Media asing telah menaruh perhatian penuh dan membuat liputan tentang sidang itu.
Akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura menerbitkan rencana dan menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China merupakan satu sidang yang amat penting dalam proses pembaharuan dan pembangunan China. Sidang itu telah memberi arah bagi pembangunan sosioekonomi China pada lima tahun yang akan datang.
Agensi Berita Bernama Malaysia dan Agensi Berita Antara Indonesia telah membuat liputan tentang laporan Hu Jintao mengenai masalah Taiwan. Dalam laporan tersebut dinyatakan, Hu Jintao menyeru kedua-dua pantai Selat Taiwan mencapai perjanjian damai dan China tidak akan membenarkan 'kemerdekaan Taiwan'.
|