v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rakyat China Memberi Perhatian kepada Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC

2007-10-16 16:50:39 CRI

Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yang kini sedang diadakan di Beijing merupakan satu mesyuarat penting yang diadakan oleh Parti Komunis China semasa pembangunan negara telah memasuki era yang penting. Kongres itu telah mendapat perhatian meluas daripada pelbagai kalangan masyarakat.

Puan Du Wenfang, seorang warga tua berusia hampir 80 tahun yang tinggal di kawasan selatan bandar Beijing pagi-pagi telah membuka televisyen untuk menonoton siaran langsung majlis perasmian Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yang diadakan pada pagi semalam.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao telah menyampaikan laporan kepada wakil-wakil yang menyertai kongres tersebut. Semasa mendengar kejayaan yang dicapai dalam pelaksanaan pembaharuan dan buka pintu dalam laporan Hu Jintao, Puan Du Wenfang amat teruja. Katanya: "Pada tahun 1977, gaji saya hanya 40 Yuan Renminbi sebulan. Selepas dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan pada tahun 1978, gaji saya telah bertambah setahun demi setahun. Sekarang pencen saya boleh mencapai lebih seribu Yuan sebulan."

Sebelum bersara, Du Wenfang bertugas sebagai seorang pekerja dan pencennya tidak berapa tinggi jika dibandingkan kos sara hidup yang naik bertambah di bandar raya Beijing. Walau bagaimanapun, beliau tidak kuatir akan kehidupannya pada masa depan. Katanya: "Walaupun badan saya kurang sihat dan menghidap banyak penyakit. Namun, saya tidak kuatir akan kehidupan saya masa depan kerana saya dibayar sara hidup minimun. Kos perubatan saya dibayar oleh kerajaan. Saya berasa puas hati terhadap kehidupan sekarang."

Ni Juan, cucu perempuan kepada Puan Du Wenfang sekarang menunut di Universiti Ekonomi dan Perdagangan Ibu Negara. Dia mendengar laporan Hu Jintao itu secara dalam talian selepas berkuliah. Isu peluang kerja bagi siswazah yang terkandung dalam laporan itu paling menarik perhatiannya.

Katanya "Sekarang sukar untuk siswazah mendapat pekerjaan. Dalam laporan itu boleh didapati bahawa perkara ini telah diberi perhatian oleh kerajaan. Walaupun apa yang disebut laporan itu hanya merupakan strategi makro untuk mendorong penyediaan peluang kerja kepada golongan siswazah. Akan tetapi, saya akan terus memberi perhatian kepada langkah-langkah konkrit yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Personel pada masa depan."

Selain itu, isu pekerjaan itu juga amat diperhatikan oleh ayah Ni Juan, Encik Ni Yangang. Beliau dulu ialah seorang pekerja yang bertugas di sebuah perusahaan milik kerajaan dan menjadi seorang jurujual sejak menganggur pada 10 tahun yang lalu. Sekarang beliau bimbang akan menganggur sekali lagi kerana usia semakin meningkat. Kata beliau: "Selepas berusia melebihi 50 tahun, banyak kerjaya tidak lagi sesuai bagi saya dan mungkin akan menganggur sekali lagi. Saya berharap masalah itu boleh diambil berat oleh kerajaan dan disediakan jaminan sara hidup minimun kepada golongan yang seperti saya."

Masalah yang dikuatiri oleh Encik Ni Yangang dijangka akan diselesaikan tidak lama nanti. Dalam laporan yang disampaikan oleh Hu Jintao itu telah dinyatakan bahawa kerajaan akan mendorong pembangunan masyarakat yang mengutamakan peningkatan taraf hidup rakyat dan berusaha untuk memastikan rakyat boleh menikmati pendidikan, memperoleh pendapatan yang sejawarnya, menikmati perkhidmatan perubatan, mendapat pencen yang lumayan dan tempat penginapan serta pekerjaan yang sesuai.

Laporan yang disampaikan oleh Hu Jintao itu telah menetapkan matlamat baru pembangunan negara menjelang tahun 2020 antaranya termasuk: jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita meningkat 4 kali ganda berbanding tahun 2000, membentuk sistem jaminan sosial untuk penduduk di bandar dan desa, menghapuskan kemiskinan mutlak dan memastikan semua rakyat boleh menikmati perkhidmatan perubatan, membentuk struktur industri, kaedah pertumbuhan dan cara penggunaan yang menjimatkan sumber tenaga dan mesra alam. Dengan itu, rakyat China yakin bahawa pembangunan negara akan membawa kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |