Menurut berita CRI, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah dirasmikan di Beijing semalam. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Hu Jintao mewakili Jawatankuasa Pusat ke-16 telah membentangkan laporan. Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Wu Bangguo dan pemimpin-pemimpin parti yang lain telah memberi penilaian tinggi terhadap laporan itu semasa mengikuti perbahasan laporan pada petang semalam.
Wu Bangguo menyatakan, laporan itu secara saintifik menjelaskan arah pembangunan Parti Komunis China pada zaman pembaharuan.
Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Zeng Qinghong menyatakan, laporan tersebut merupakan dokumen panduan yang mencerminkan taraf pemahaman Parti Komunis China terhadap hukum pemerintahan parti, hukum pembangunan sosialis dan pembangunan masyarakat manusia.
Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Li Changchun menyatakan, laporan itu merupakan perisytiharan politik dan program tindakan bagi Parti Komunis China untuk mengembangkan sosialisme yang bercirikan China pada titik permulaan baru dalam sejarah.
|