Menurut berita CRI, Naib Ketua Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Encik Ouyang Song hari ini di Beijing telah menyatakan bahawa sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 Parti Komunis China diadakan, Parti Komunis China giat mendorong usaha pembinaan parti secara keseluruhan dan telah mencapai hasil yang cemerlang.
Ouyang Song berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat berita Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China hari ini. Beliau berkata bahawa dalam tempoh lima tahun yang lalu, Parti Komunis China memperoleh hasil yang ketara sehingga mengemukakan pelbagai fikiran penting seperti Konsep Pembangunan Secara Saintifik. Selain itu, pembinaan kumpulan parti di peringkat bawah dapat ditingkatkan. Peranan pelopor yang dimainkan oleh ahli Parti Komunis China semakin kuat.
|