Menurut berita CRI, sidang ke-2 Presidium Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah diadakan di Beijing hari ini. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao mempengerusikan sidang tersebut.
Setiausaha kongres ini, Zeng Qinghong telah memberi tafsiran terhadap senarai calon anggota serta anggota simpanan Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China, dan anggota Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Parti Komunis China.
Sidang tersebut telah meluluskan rang resolusi tentang laporan Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China, rang resolusi tentang laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Parti Komunis China, rang resolusi pindaan "Perlembagaan Parti Komunis China" dan akan menyerahkan ketiga-tiga resolusi tersebut kepada pelbagai delegasi untuk dibahaskan.
|