Menurut Agensi Berita Xinhua China, para pewakilan yang menyertai Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China terus mengadakan perbincangan dalam kumpulan hari ini. Sebanyak 38 delegasi telah mengadakan perbincangan tentang plaporan Hu Jintao yang mewakili Jawatankuasa Pusat ke-16, laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan "Perlembagaan Parti Komunis China (Pindaan)"
Para perwakilan dalam perbincangan mereka menyatakan, laporan Hu Jintao telah mencerminkan taraf pemahaman Parti Komunis China terhadap hukum pemerintahan parti dan merupakan perisytiharan politik dan program panduan bagi Parti Komunis China untuk mengembangkan sosialisme yang bercirikan China pada titik permulaan baru dalam sejarah.
|