Menurut berita CRI, Naib Menteri Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Ouyang Song menyatakan di Beijing hari ini bahawa China akan giat menjalankan pembaharuan terhadap sistem politik, mengembangkan politik domokratik sosialis.
Demikian dinyatakan oleh Ouyang Song dalam sidang akhbar Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China hari ini. Beliau menyatakan bahawa sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China, China telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam pembaharuan sistem politik, seperti menyempurnakan sistem kongres rakyat, menjalankan pembaharuan terhadap sistem pentadbiran dan demokrasi, memelihara keadilan kehakiman dan sosial.
|