v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pandangan Wakil-Wakil Kongres Kebangsaan ke-17 PKC terhadap Konsep Pembangunan secara Saintifik

2007-10-17 16:35:54 CRI

Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China sedang diadakan di Beijing hari ini. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Hu Jintao dalam laporan yang disampaikan dalam majlis perasmian kongres tersebut telah membentangkan secara terperinci tentang konsep pembangunan secara saintifik. Tegas beliau, Parti Komunis China akan melaksanakan secara berterusan konsep tersebut agar mewujudkan pembangunan ekonomi dan sosial yang menyeluruh dan membolehkan rakyat berkongsi menikmati hasil pembangunan negara. Para perwakilan yang menyertai kongres kali ini berpendapat bahawa konsep pembangunan secara saintifik itu dapat membangunkan potensi perkembangan sosial dan ekonomi China dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kehidupan rakyat dengan lebih baik.

Dalam tempoh hampir 30 tahun sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu oleh kerajaan China, kadar pertumbuhan ekonomi purata setiap tahun telah melebihi 9%, di samping kejayaan yang besar telah dicapai dalam pembangunan masyarakat. Pada masa yang sama, pelbagai masalah yang wujud selama ini dalam perkembangan sosioekonomi telah mula menonjol. Para perwakilan yang menyertai Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China semasa diwawancara menyatakan bahawa konsep pembangunan secara saintifik adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut dan pelbagai cabaran baru dalam proses perkembangan sosioekonomi.

Wakil daripada bandar Mianyang, Provinsi Sichuan China, Encik Tan Li menyatakan bahawa konsep itu memperlihatkan pandangan yang lebih jauh dan meluas Parti Komunis China terhadap isu pembangunan. Katanya: "Penjimatan sumber tenaga dan perlindungan alam sekitar telah menjadi isu yang menonjol dalam proses perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh hal yang sedemikian, konsep pembangunan secara saintifik itu bererti penting bagi memastikan pembangunan negara secara berterusan dalam jangka panjang."

Konsep pembangunan secara santifik menegaskan pembangunan secara berterusan dan menyeluruh. Perkara yang paling ditekankan dalam konsep itu ialah pembangunan dan terasnya ialah mengutamakan rakyat.

Menurut pandangan para perwakilan, pelaksanaan konsep itu perlu dijadikan matlamat utama dalam kerja pada masa akan datang. Pengusur Besar Syarikat Minyak Pesisir Nasional China, Encik Fu Chengyu berpendapat, penjimatan sumber tenaga dan perlindungan alam sekitar seharusnya menjadi usaha penting bagi kalangan perusahaan dalam pelaksanaan konsep pembangunan secara saintifik. Beliau berkata: "Jika perusahaan milik kerajaan yang besar dapat melaksanakan usaha itu dengan baik, ini akan memberi sumbangan yang besar kepada penyusunan struktur ekonomi dan peningkatan daya pembangunan negara secara berterusan. Syarikat kami akan meningkatkan pelaburan dalam usaha itu dalam tempoh 5 tahun akan datang."

Provinsi Shanxi merupakan salah satu tempat utama yang mengeluarkan pengeluaran arang batu di China, Setiausaha Jawatankuasa Shanxi Parti Komunis China, Encik Meng Xuenong semasa diwawancara oleh wartawan mengakui bahawa keadaan ekologi Shanxi telah terjejas teruk kerosakan dalam proses pembangunan yang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Menurut beliau perlindungan alam sekitar dan pembaikpulihan keadaan ekologi akan diberikan keutamaan dalam proses pembangunan. Beliau berkata: "Berdasarkan matlamat perkembangan secara berterusan dan pewujudan ekonomi yang kitaran, kami akan mengetuai 33 juta orang rakyat di provinsi ini untuk membaik pulih keadaan ekologi, mendorong perkembangan ekonomi dan memastikan kehidupan rakyat yang lumayan."

Wakil-wakil yang menyertai Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yakin bahawa pelaksanaan konsep pembangunan secara saintifik akan memastikan perkembangan yang menyeluruh, selaras dan berterusan di kawasan bandar dan desa.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |