Menurut Agensi Berita Xinhua, Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan, Pemeriksaan dan Kuarantin Mutu Negara China, Li Changjiang menyatakan di Beijing hari ini bahawa China secara tegas membantah tindakan sejumlah negara yang mengambil tindakan perlindungan perdagangan dengan dalih mutu produk. Ini akan memberi kesan negatif terhadap China, bahkan bagi negara-negara tersebut.
Li Changjiang menyatakan, masalah mutu produk adalah masalah yang dihadapi bersama-sama oleh pelbagai negara. Masalah itu harus diselesaikan dengan usaha bersama. Beliau berkata, China akan terus meningkatkan penyeliaan terhadap perusahaan terbabit dan mengenakan hukuman keras terhadap mengeksport produk secara haram.
|