Menurut berita CRI, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah dirasmikan di Beijing pada 15 Oktober lalu. Pelbagai media utama di seberang laut telah membuat liputan terhadap kongres tersebut.
Pelbagai media di Singapura dan Malaysia juga berturut-turut melaporkan kongres kali ini. Media di Singapura telah memberi perhatian pada sebutan baru yang terwujud dalam laporan kongres tersebut seperti "sistem teori sosialis yang bercirikan China", "tamadun ekologi", "perhatian sosiobudaya" dan lain-lain. Manakala akhbar Malaysia Sin Chew Daily telah membuat laporan mengenai sikap bagi masalah Taiwan dalam laporan kongres tersebut pada 16 Oktober lalu.
|