Menurut berita CRI, Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Encik Zhu Zhixin hari ini di Beijing telah menyatakan bahawa kini ekonomi China tidak mencapai tahap yang terlalu hangat.
Zhu Zhixin berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat penerangan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China. Beliau berkata, pembekalan dan permintaan yang seimbang di China tidak berubah dan kenaikan harga yang berskop besar akibat lebihan permintaan tidak muncul.
|