v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC Tumpukan Perhatian tentang Pembangunan Masyarakat Harmoni Sosialis

2007-10-18 17:04:35 CRI

Pada tahun 2004, konsep pembangunan masyarakat harmoni sosialis telah pertama kali dikemukakan dalam sebuah sidang yang penting Parti Komunis China (PKC). Dalam tempoh lebih tiga tahun ini, membangunkan masyarakat harmoni sosialis telah menjadi tanggungjawab yang penting bagi kerajaan pelbagai peringkat di China. Membangunkan masyarakat harmoni bukan sahaja merupakan hasrat bersama bagi seluruh rakyat China, namun juga merupakan jaminan yang penting bagi sasaran jangka panjang di China. Menubuhkan masyarakat harmoni telah merupakan salah satu topik yang paling menarik perhatian para peserta dalam Kongres Kebangsaan ke-17 PKC yang diadakan di Beijing pada masa sekarang.

Encik Zhao Yuzhong dari bandar Chaohu, provinsi Anhui menyandang jawatan sebagai peguam di sebuah pusat bantuan guaman di bandar tersebut. Pusat bantuan guaman merupakan badan yang bagi pihak kerajaan China untuk menyediakan bantuan guaman kepada golongan yang kepentingan mereka mudah terjejas. Sejak tahun 1999, Encik Zhao Yuzhong telah menangani lebih 500 kes. Beliau berkata: "Pusat bantuan guaman kami ditubuhkan pada tahun 1996. Pada masa itu, jumlah peruntukan kewangan daripada kerajaan bagi badan kami amat kecil. Namun pada masa sekarang, jumlah peruntukan kewangan daripada kerajaan kepada badan kami kian meningkat. Keadaan ini memperlihatkan bahawa kerajaan China telah menaruh perhatian yang lebih tinggi terhadap kehidupan rakyat. Masyarakat akan menjadi lebih harmoni jika rakyat dapat menikmati kesamarataan dan keadilan."

Setelah China mula mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, ekonomi China berkembang pesat dan masyarakat semakin maju. Namun, seiring dengan proses industrialisasi dan urbanisasi di China yang kian meningkat, pelbagai masalah dalam masyarakat telah semakin ketara di China. Misalnya, tahap perkembangan antara bandar dengan kawasan luar bandar tidak seimbang, tekanan pekerjaan semakin besar, taraf pendidikan di kawasan desa masih ketingggalan, jaminan masyarakat tidak sempurna dan lain-lain. Kerajaan China telah mengemukakan konsep pembangunan masyarakat harmoni untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Encik Xu Guangguo yang menyertai kongres kali ini menyandang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Cawangan Bandar Mudanjiang Provinsi Helongjiang. Beliau menyatakan bahawa tahap perkembangan antara pelbagai daerah di bandar Mudanjiang tidak seimbang. Jurang perbezaan antara bandar dengan kawasan luar bandar atau antara pelbagai daerah masih agak besar. Kerajaan bandar itu telah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Encik Xu Guangguo berkata: "Kaunti Muling merupakan kawasan pertanian pada masa dahulu. Pada tahun-tahun kebelangan ini, perindustrian di kaunti itu telah berkembang pesat. Perkembangan perindustrian yang pesat telah menyediakan banyak peluang kerja bagi penduduk di kaunti itu serta meningkatkan pendapatan kerajaan tempatan dan tahap perkembangna ekonomi."

Kerajaan pelbagai tempat di China telah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah pengangguran di China. Encik Zhang Jiehui dari bandar Anshan, provinsi Liaoning telah berkata: "Kerajaan Anshan telah berusaha untuk menyediakan peluang kerja bagi rakyat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Setakat ini, sejumlah 13635 buah keluarga yang semua anggotanya tidak bekerja telah disediakan peluang kerja. Masalah pengangguran tidak lagi menjadi yang paling utama dalam perkembangan sosioekonomi di bandar kami."

Pendidikan merupakan asas bagi pembangunan masyarakat harmoni di China. Menteri Pendidikan China, Encik Zhou Ji berkata: "Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, kerajaan China telah melakukan usaha gigih untuk memastikan perkembangan yang seimbang antara pelbagai jenis pendidikan, memberi keutamaan kepada pendidikan vokasional, berusaha meningkatkan mutu pendidikan, mengembang pendidikan pengajian tinggi dan lain-lain. Usaha tersebut telah menyediakan peluang pendidikan yang baik bagi rakyat serta meningkatkan kesamarataan dalam bidang tersebut."

Presiden China, Hu Jintao dalam upacara perasmian kongres tersebut telah berkata: "Membangunkan masyarakat harmoni sosialis merupakan satu misi jangka panjang. Kita harus menyelesaikan masalah yang paling menarik perhatian rakyat."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |