Menurut berita CRI, setelah Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China dirasmikan pada 15 Oktober lalu, pendengar CRI telah menumpukan perhatian terhadap kongres itu.
Pendengar Laos Puan Khamphoune Keosavanh mengirim e-mail kepada pihak CRI menyanjung tinggi kongres itu. Beliau berkata, kongres itu bererti amat penting. Parti Komunis China akan menganggap kongres itu sebagai titik permulaan baru dalam sejarah, dan terus membimbing rakyat China untuk mengembangkan sosialisme yang bercirikan China.
Pendengar Itali Giodano Marcheselli mengutus faks bahawa kongres itu akan melahirkan kesan positif terhadap kehidupan rakyat dan kedamaian seluruh dunia.
|