Menurut berita CRI, Naib Datuk Bandar Beijing merangkap Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Jingmin hari ini di Beijing telah menyatakan bahawa usaha persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008 telah memainkan peranan sebagai pemacu bagi pembangunan bandar Beijing.
Liu Jingmin berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat penerangan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China. Beliau berkata, usaha persiapan Sukan Olimpik telah meningkatkan reputasi Beijing di arena antarabangsa dan mendorong pembangunan ekonomi Beijing. Di samping itu fungsi bandar Beijing semakin disempurnakan dan alam sekitar, lalu lintas dan infrastruktur di Beijing turut berkembang dengan baik.
|