Menurut berita CRI, Naib Datuk Bandar Beijing merangkap Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Liu Jingmin hari ini di Beijing telah menyatakan bahawa tugas utama pelbagai tahap persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008 telah berjaya diselesaikan menurut jadual. Ini telah memberikan asas kukuh untuk menjayakan Sukan Olimpik Beijing 2008.
Liu Jingmin berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat penerangan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China. Beliau berkata, sebanyak 37 buah gelanggang sukan yang akan digunakan dalam Sukan Olimpik Beijing itu dapat diselesaikan pembinaannya menjelang penghujung tahun ini. Tataacara majlis pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Beijing sudah ditetapkan. Penempahan tiket dan pembinaan kumpulan sukarelawan turut berjalan dengan lancar.
|