Menurut berita CRI, Naib Datuk Bandar Beijing merangkap NaiB Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Liu Jingmin menyatakan di Beijing hari ini bahawa kerja penjagaan keselamatan Sukan Olimpik Beijing 2008 sedang berjalandengan baik.
Demikian dinyatakan oleh Liu Jingmin dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat penerangan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China hari ini. Beliau berkata, China telah menetapkan rancangan teratur teliti tentang kerja penjagaan keselamatan Sukan Olimpik Beijing menurut piawaian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Selain itu, China telah bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa supaya menjamin kerja itu dijalankan dengan baik dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing 2008.
|