v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zhu Zhixin: Masih Awal untuk Mengatakan Ekonomi China Terlampau Panas

2007-10-19 15:20:36 CRI

Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Zhu Zhixin semalam di Beijing menyatakan bahawa masih awal untuk menyatakan ekonomi China terlampau panas pada masa sekarang. China tidak mengalami keadaan kenaikan harga barangan secara besar-besaran diakibatkan jumlah permintaan lebih tinggi berbanding dengan jumlah bekalan.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China yang diadakan pada tahun 2002, kadar pertumbuhan ekonomi China telah mencapai lebih 10% purata setahun. Kadar tersebut melebihi dua kali ganda berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dalam tempoh yang sama. Sama ada pertumbuhan ekonomi China yang pesat dan berterusan akan mengakibatkan inflasi atau tidak telah menarik perhatian yang tinggi daripada masyarakat antarabangsa.

Zhu Zhixin dalam sidang akhbar yang diadakan semalam menegaskan bahawa walaupun ekonomi China berkembang amat pesat, namun ekonomi China belum mengalami keadaan terlampau panas. Beliau berkata: "Pada masa sekarang, keadaan bekalan dan permintaan di China tetap seimbang. China tidak mengalami kenaikan harga barangan secara besar-besaran diakibatkan permintaan lebih tinggi berbanding dengan bekalan. Faktor pendorong pertumbuhan ekonomi China semakin kukuh, bekalan arang batu, tenaga elektrik, petroleum dan pengangkutan di China tidak berlaku trend yang kurang sihat itu."

Encik Zhui Zhixin menyatakan bahawa walaupun ekonomi China tidak mengalami keadaan terlampau panas, namun masih terdapat beberapa masalah dalam operasi ekonomi di China. Misalnya, trend ekonomi China yang berkembang pesat dan sedang menuju ke arah terlampau panas belum dikawal, serta masih wujud beberapa masalah yang bepotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi China. Kerajaan China telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap risiko tersebut dalam pertumbuhan ekonomi dan akan segera mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkenaan.

Encik Zhu Zhixin dalam sidang akhbar tersebut telah mengumumkan statistik terkini tentang indeks harga pengguna (CPI) China. Beliau berkata: "CPI China pada Januari hingga September yang lalu telah meningkat 4.1%, kadar peningkatan CPI di China pada bulan September yang lalu mencapai 6.2% dan telah menurun 0.3% berbanding bulan Ogos yang lalu."

Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Encik Zhu Zhixin

Encik Zhu Zhixin telah menafikan berlakunya inflasi di China. Kenaikan harga barangan di China pada masa sekarang diakibatkan kenaikan hasil pertanian, khususnya makanan. Kemungkinan kenaikan harga barangan secara besar-besaran di China pada masa akan datang amat kecil. Beliau menyatakan bahawa kerajaan China akan berusaha untuk mengawal kenaikan harga barangan serta memelihara kestabilan pasaran dan masyarakat. Beliau berkata: "Kerajaan China akan mengawal peningkatan pelaburan aset tetap yang terlalu cepat melalui dasar mata wang, mengamalkan dasar yang mendorong perkembangan hasil pertanian, meningkatkan kawalan terhadap pasaran serta menyediakan subsidi kepada penduduk yang jumlah pendapatan mereka amat rendah."

Encik Zhu Zhixin menegaskan bahawa jurang perbezaan antara pelbagai kawasan dan pelbagai lapisan masyarakat serta antara bandar dengan kawasan di luar bandar di China semakin besar. Kerajaan China pada tahun-tahun kebelakangan ini telah meningkatkan peruntukan terhadap desa, pertanian, kaum tani dan kawasan barat China. Selain itu, kerajaan China telah menubuhkan sistem jaminan kehidupan asas penduduk bandar dan desa, meningkatkan kutipan cukai agar menyeimbangkan pendapatan antara pelbagai golongan dalam masyarakat. Beliau berkata:

"Presiden Hu Jintao dalam laporan yang disampaikan dalam Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China telah menegaskan bahawa sistem pembahagian pendapatan yang rasional telah memperlihatkan kesamarataan dalam masyarakat. Pembangunan China akan memberi faedah kepada semua rakyat."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |