Menurut berita CRI, setelah Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China dirasmikan di Beijing pada 15 Oktober lalu, pendengar asing telah mengetahui maklumat berkaitan menerusi laman web CRI, dan menumpukan perhatian tinggi terhadap kongres itu dalam pelbagai cara.
Pendengar Sepanyol Joaquin Planell Roch menyatakan dalam e-melnya bahawa pembangunan masyarakat harmoni yang menyeluruh merupakan usaha yang sukar dan juga amat bererti bagi China. Beliau percaya, dengan pimpinan kerajaan, rakyat China dapat mewujudkan matlamat itu dengan pandangan pembangunan saintifik dan tindakan praktik.
Seorang pendengar Indonesia dalam e-melnya yang bertajuk "China, negara yang mencintai kedamaian" menyatakan bahawa setelah mendengar laporan Hu Jintao, beliau percaya, seiring dengan peningkatan kekuatan ekonomi, China pasti akan memainkan peranan yang lebih besar dalam memelihara kedamaian dunia, dan menjadi kekuatan penting untuk mendorong kedamaian dan pembangunan dunia.
|