Menurut berita CRI, Menteri Hal Ehwal Awam China, Encik Li Xueju semasa diwawancara di Pusat Penerangan Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China semalam menyatakan bahawa sebanyak 25 juta orang petani China telah menikmati sistem jaminan sara hidup minimum.
Li Xueju mengatakan, China telah membentuk sistem jaminan sara hidup minimum di bandar pada 10 tahun lalu. Jumlah penduduk bandar yang menikmati sistem itu sentiasa dikekalkan pada tahap lebih 22 juta orang. Pada tahun ini, China mula membentuk sistem jaminan sara hidup minimum di desa. Dijangka, pada penghujung tahun ini, jumlah petani yang menikmati sistem itu akan mencapai 30 juta orang.
|