Menurut berita CRI, Naib Menteri Kesihatan China Encik Gao Qiang menyatakan di Beijing semalam bahawa kerajaan China akan berusaha menjamin setiap warga menikmati perkhidmatan perubatan dan kesihatan asas melalui pendekatan meningkatkan peruntukan, mengurangkan beban rakyat dan tindakan-tindakan yang lain.
Demikian dinyatakan oleh beliau di Pusat Penerangan Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China semalam. Beliau berkata, China akan berusaha untuk mengembangkan sistem perkhidmatan perubatan dan kesihatan asas yang meliputi bandar dan desa, membentuk sistem jaminan perubatan yang meliputi penduduk di bandar dan desa, serta sistem perubatan kerjasama desa yang baru. Sementara itu, membaharui sistem dan mekanisme perkhidmatan perubatan dan kesihatan, menubuhkan sistem jaminan pembekalan ubat-ubatan yang meliputi bandar dan desa, membentuk sistem ubat-ubatan asas negara, dan membekalkan ubat-ubatan asas yang selamat dan murah kepada orang awam.
|