Menurut berita CRI, Naib Datuk Bandar Beijing merangkap Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Liu Jingmin menyatakn di Beijing hari ini bahawa China telah mencapai kemajuan yang ketara dalam menunaikan janji "Sukan Olimpik Hijau".
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Penerangan Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China. Beliau berkata, dalam proses persiapan sukan Olimpik, China dengan aktif melaksanakan prinsip panduan "Sukan Olimpik Hijau". Misalnya, menggunakan bahan "hijau" dalam pembinaan stadium, syarikat yang membekalkan makanan kepada Sukan Olimpik mesti menggunakan produk perlindungan alam sekitarp dan lain-lainp. Selain itu, persiapan Sukan Olimpik telah mencapai kemajuan ketara dalam bidang mendorong pembangunan usaha perlindungan alam sekitar di bandar. Melalui penggunapan p tenaga yang bersih dan boleh dibaharui, dan mengurangkan pelepasan bahan pencemar, ekologi Beijing telah banyak dibaiki.
|