Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China (PKC) yang sedang diadakan di Beijing telah mendapat perhatian yang meluas daripada tokoh-tokoh pelbagai kalangan di luar negara Baru-baru ini, wartawan CRI yang bertugas di Republik Korea, India, Poland, Perancis dan A.S. masinig-masing telah mengadakan wawancara dengan sarjana, ahli eonomi dan petugas media di negara-negara tersebut. Kebanyakan orang yang diwawancara itu berpendapat bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC bukan sahaja memperlihatkan situasi China sekarang dan hala tuju China pada masa depan, bahkan juga akan memberi pengaruh yang besar terhadap dunia.
Sebagai negara jiran dan rakan dagang yang penting, Republik Korea telah menaruh perhatian yang sangat tinggi terhadap peristiwa penting politik itu. Profesor Dr. Heungkyu Kim daripada Institut Pengajian Dasar Luar dan Keselamatan Negara Kementerian Luar dan Perdagangan Republik Korea berkata,
"China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Republik Korea sejak tahun 2004. Saya berpendapat bahawa trend itu akan berterusan. Oleh hal yang sedemikian, penduduk awam kerajaan dan pakar Republik Korea telah menaruh perhatian terhadap hala tuju politik China."
Doktor Srikanth Kondapalli ialah Profesor Madya dari Pusat Pengajian Asia Timur Sekolah Kajian Antarabangsa Universiti Jawaharlal Nehru, New Dehli, India. Beliau menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC telah menarik perhatian pelbagai kalangan masyarakat India terutamanya golongan elit. Ramai orang dalam golongan tersebut telah meneliti laporan yang disampaikan dalam kongres tersebut. Doktor Kondapalli berpendapat bahawa laporan Hu Jintao telah menegaskan beberapa perkara penting seperti berikut:
"Pertama, konsep pembangunan secara santifik, kedua, masyarakat harmoni dan dunia harmoni dan ketiga ialah demokrasi dalam PKC. Dalam laporan Presiden Hu Jintao, saya perhatikan bahawa beliau telah menyebut demokrasi sekurang-kurangnya sebanayk 60 kali, antaranya termasuk demokrasi dalam PKC. Laporan itu telah menggariskan misi PKC dalam tempoh 5 tahun akan datang. Beliau juga ada menyebut usaha pembanterasan rasuah dan pembangunan sosialisme yang bercirikan China."
Penolong Profesor Gregg A. Brazinsky dari Sekolah Hubungan Antarabangsa, Universiti George Washington A.S. berkata bahawa dalam tempoh beberapa puluh tahun yang lalu, ekonomi China berkembang pesat, pengaruh negara itu semakin meningkat. Oleh sebab itu, masyarakat A.S. telah menunjukkan perhatian besar terhadap kongres tersebut.
"Ramai pelabur A.S. memberikan perhatian terhadap China dan ingin mengetahui sama ada dasar yang baru akan dikeluarkan untuk menggalakkan pembangunan pasaran saham atau sebaliknya. Mereka yang berminat kepada geopolitik pula menaruh perhatian terhadap hala tuju dasar luar China dan sama ada dasar itu akan berubah atau tidak."
Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC juga telah menarik perhatian para pakar yang mengkaji masalah China di seberang laut. Pengarah Dewan Perniagaan Poland-China yang juga Bekas Konsul Jeneral Poland di Shanghai, Sylwester Szafarz ialah seorang pakar yang telah mengkaji masalah China selama 20 tahun. Beliau berkata,
Ahli-ahli pemerhati dan rakyat awam Poland sedang menggunakan mata dan telinga sendiri untuk memberi perhatian terhadap Beijing. Ini bukan sahaja kerana Sukan Olimpik 2008 akan diadakan di bandar itu tidak lama lagi, dan juga disebabkan pengadaan Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC di sana. Kami dengan tulus ikhlas berharap bahawa pemimpin dan anggota PKC berjaya mencapai kejayaan dan semoga kongres itu dapat menjadi kongres yang mencipta sejarah."
|