Menurut Agensi Berita Xinhua China, Presidium Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah mengadakan sidang ke-3 di Beijing hari ini untuk meluluskan rang senarai anggota dan anggota simpanan Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China dan anggota Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Parti Komunis China. Senarai tersebut akan diserahkan kepada pelbagai delegasi perwakilan untuk dibahaskan.
Delegasi perwakilan kongres ini akan mengadakan sidang secara berkumpulan untuk membahaskan senarai tersebut pada petang hari ini dan pemilihan yang rasmi akan diadakan pada pagi esok.
|