v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Merealisasikan "Tamadun Ekologi" Adalah Tanggungjawab Perusahaan Sumber Tenaga
2007-10-20 15:58:04 CRI

Menurut berita CRI, wakil Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China daripada perusahaan petrokimia China, Li Ruoping semalam di Beijing telah menyatakan bahawa konsep "tamadun ekologi" yang dikemukakan dalam laporan kongres tersebut mempunyai erti penting bagi memandu penubuhan perusahaan industri yang baru. Perusahaan sumber tenaga harus lebih mementingkan keseimbangan perkembangan antara manusia dengan alam sekitar, perusahaan dengan masyarakat serta sumber tenaga dengan alam sekitar.

Pusat penerangan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah mengadakan aktiviti liputan khas yang bertema "pembinaan parti di peringkat bawah dengan situasi dan tugas baru". Wakil dari peringkat bawah iaitu Ketua Pengurus Syarikat Industri Petrokimia Fushun, bahagian timur laut China, Li Ruoping semasa diwawancara telah menyatakan bahawa untuk merealisasikan "tamadun ekologi", perusahaan sumber tenaga China harus meningkatkan daya inovasi sendiri dan memperkukuh konsep "peningkatan hijau". Beliau turut menegaskan bahawa konsep "tamadun ekologi" harus diperluaskan kepada perusahaan dan seluruh masyarakat.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |