v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sistem Dasar Desa Yang Baru Dibentuk di China
2007-10-20 12:46:43 CRI

Menurut laporan Agensi Berita Xinhua, wakil Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yang juga Pengarah Jabatan Pimpinan Kerja Desa Pusat, Chen Xiwen semalam di Beijing menyatakan, dengan galakan dasar yang mengutamakan sektor pertanian pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pengeluaran bahan makanan dan pendapatan petani di China banyak meningkat. Oleh itu, sistem dasar desa yang baru yang selaras dengan pembangunan bandar dan desa sedang dibentuk.

Demikian dinyatakan oleh beliau di Pusat Penerangan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China. Beliau menambah, sistem dasar desa yang baru itu meliputi langkah memansuhkan empat jenis cukai pertanian dan petani, memberi subsidi langsung kepada petani, meningkatkan peruntukan terhadap pembinaan infrastruktur di kawasan desa, mengembangkan tali air, pengangkutan, gas metana dan elektrik di desa serta membangunkan usaha pendidikan, kesihatan dan kebudayaan di desa.

Beliau menyatakan bahawa China akan terus mengambil langkah yang lebih berkesan untuk mengintensifkan peningkatan pendapatan kaum tani, membaiki kehidupan petani dan mendorong perkembangan kawasan desa.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |