v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China Berjaya Ditutup
2007-10-21 14:24:41 CRI

Menurut berita CRI, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah ditutup di Beijing pagi tadi. Kongres tersebut telah meluluskan laporan "mengangkat bendera sosialisme yang bercirikan China dan berjuang demi mencapai kejayaan baru dalam pembangunan masyarakat yang kaya" yang dibentangkan oleh Hu Jintao bagi pihak Jawatankuasa Pusat Ke-16 Parti Komunis China dan telah menyelesaikan pemindaan terhadap "Perlembagaan Parti Komunis China". Menurut perlembagaan yang baru itu, "konsep pembangunan secara saintifik" ditetapkan sebagai garis panduan yang penting dalam pembangunan sosioekonomi China dan juga merupakan fahaman strategik yang harus dikekalkan dalam pengembangan sosialisme yang bercirikan China. Majlis penutup itu dipengerusikan oleh Hu Jintao.

Menurut resolusi mengenai pindaan "Perlembagaan Parti Komunis China", matlamat Parti Komunis China digambarkan sebagai membangunkan China sebagai negara sosialis moden yang makmur, demokratik, bertamadun dan harmoni.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |