Menurut berita CRI, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen Negara China, Puan Zhao Shi semalam di Beijing telah menyatakan bahawa China berharap agar dapat memperluaskan interaksi dan kerjasama antarabangsa dalam bidang industri animasi.
Zhao Shi berkata demikian semasa diwawancara di pusat penerangan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China. Beliau berkata, China menggalakkan koperasi animasi China bekerjasama dengan koperasi animasi negara lain dan berharap agar memperluaskan interaksi keilmuan dan kesenian dengan kalangan animasi antarabangsa melalui pelbagai aktiviti seperti pesta animasi antarabangsa.
|