Menurut berita CRI, Naib Menteri Kebudayaan China, Encik Yu Youjun menyatakan di Beijing semalam bahawa kerajaan China memutuskan untuk memperuntukkan sebanyak 4 bilion yuan RMB setahun bagi menubuhkan pusat kebudayaan di kawasan desa di bahagian tengah dan barat China.
Demikian dinyatakan oleh Yu Youjun semasa menjawab pertanyaan wartawan di Pusat Penerangan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China semalam. Beliau berkata, China akan menubuhkan dan menyempurnakan infrastuktur demi menyediakan perkhidmatan kebudayaan kepada rakyat seluruh negara dalam tempoh empat atau lima tahun yang akan datang. Rancangan itu juga mengutamakan pembinaan perpustakaan, muzium dan kemudahan kepada golongan juvenil dewasa di kawasan desa China.
|