Menurut berita CRI, Harian Renminribao China akan menerbitkan rencana pengarang yang menyampaikan tahniah atas Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yang berjaya ditutup pada 22 Oktober.
Rencana itu berbunyi bahawa Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China merupakan persidangan yang amat penting dalam proses pembaharuan dan pembangunan China. Laporan yang dibentangkan oleh Hu Jintao dalam sidang itu telah membuat rancangan yang menyeluruh bagi terus mendorong pembaharuan, buka pintu dan pembangunan modenisasi sosialis China serta mewujudkan matlamat tentang pembangunan masyarakat yang kaya. Laporan itu merupakan perisytiharan politik Parti Komunis China yang menghadapi modenisasi, menghadapi dunia dan menghadapi masa depan.
|