Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China (CPC) telah menyelesaikan pelbagai agenda dan berjaya ditutup di Beijing hari ini. Dalam kongres kebangsaan kali ini telah dipilih Jawatankuasa Pusat CPC dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat CPC yang baru, meluluskan resolusi mengenai Laporan Jawatankuasa Pusat Ke-16 CPC, Laopran Kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat dan resolusi mengenai pindahan Perlembagaan CPC. Kongres kebangsaan kali ini telah mencapai persepakatan untuk menyenaraikan konsep pembangunan saintifik ke dalam perlembagaan CPC.
Pada pukul 9,00 pagi ini, Upacara penuutupan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing. Setiausaha Agung CPC Hu Jintao telah mempengerusikan upacara penutupan.
Lebih 2200 orang wakil Kongres Kebangsaan Ke-17 CPC telah berundi untuk memilih Jawatankuasa Pusat Ke-17 CPC yang terdiri daripada 204 orang anggota dan 107 orang calon anggota serta 127 orang anggota Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat CPC.
Resolusi yang diluluskan oleh kongres kebangsaan itu telah mengesahkan laporan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung CPC Hu Jintao yang mewakili Jawatankuasa Pusat Ke-16 CPC.
Resolusi itu berbunyi: "Laporan tersebut telah menjelaskan secara saintifik pelbagai masalah penting seperti bendera, jalan, semangat dan matlamat pada fasa penting pembaharuan dan pembangunan pada masa ini; menetapkan rancangan keseluruhan tentang pelaksanaan berterusan dasar pembaharuan dan buka pintu, pembangunan modenisasi sosialisme dan pewujudan matlamat pembangunan masyarakat lumayan dan telah mengemukakan tuntuan jelas bagi mendorong pembangunan CPC dengan semangat pembaharuan dan inovasi."
Dalam resolusi itu dinyatakan bahawa laporan tersebut merupakan perisytiharan politik dan program tindakan bagi Parti Komunis China yang bersatu padu dengan rakyat pelbagai etnik China, menempuh jalan sosialisme yang bercirikan China dan terus mengembangkan sosialisme bercirikan China. Laporan tersebut merupakan dokumen Marxisme. Kongres kebangsaan telah menyanjung tinggi kerja Jawatankuasa Pusat Ke-16 CPC dan berpendapat bahawa pelbagai keputusan penting yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat CPC sejak Kongres Kebangsaan Ke-16 CPC adalah tepat.
Dalam resolusi tersebut ditegaskan bahawa Parti Komunis China akan mempertahankan dasar "satu negara, dua sistem", "penduduk Hong Kong mentadbirkan Hong Kong", "penduduk Makau mentadbirkan Makau" dan pemerintahan sendiri sepenuhnya. Memelihara kemakmuran dan kestabilan di Hong Kong dan Makau dalam jangka panjang. Parti Komunis China dengan tegas menentang aktiviti "kemerdekaan Taiwan", memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah. Selain itu, China mempertahankan dasar luar yang bebas, berdikari dan damai, mendorong kemakmuran bersama dunia yang harmoni.
Kongres tersebut telah meluluskan resolusi tentang pindaan Perlembagaan Parti Komunis China. Konsep mengutamakan rakyat, konsep perkembangan santifik yang seimbang dan berterusan telah dimaktubkan dalam perlembagaan tersebut.
"Konsep perkembangan santifik telah memperlihatkan fikiran yang penting tentang pembangunan daripada tiga generasi pemimpin China. Konsep itu merupakan panduan yang penting bagi pembangunan sosioekonomi di China."
Kongres itu telah memutuskan bahawa matlamat perjuangan rutin asas CPC ialah membangunkan China sebagai negara modenisasi sosialis yang kaya, demokratik, bertamadun dan harmoni. Kongres tersebut telah memutuskan bahawa pembangunan ekonomi, politik, kebudayaan dan sosial akan dimaktubkan dalam perlembagaan CPC. Perlembagaan yang baru telah menetapkan tempoh perkhidmatan wakil kongres CPC pelbagai peringkat.
Setiausaha Agung Parti Komunis China Hu Jintao semasa menyampaiakn ucapan dalam upacara penutupan kongres itu telah menyatakan bahawa kongres tersebut telah mengemukakan tuntutan asas tentang pelaksanaan konsep perkembangan santifik dan matlamat tentang pembangunan masyarakat lumayan. Ini telah menunjukkan hala tuju pembangunan CPC dan negara China.
"Kongres kali ini telah membuat keputusan dan rancangan yang penting. Kongres tersebut nescaya akan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan CPC dan negara China."
|