v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Syarikat di Dalam dan Luar Negara Berebut-rebut untuk Menjadi Rakan Kerjasama Ekspo China-ASEAN
2007-10-22 15:57:15 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, lebih 40 buah syarikat telah berturut-turut menandatangani perjanjian dengan Sekretariat Ekspo China-ASEAN baru-baru ini untuk menjadi rakan kerjasama Ekspo China-ASEAN Ke-4. Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Zhang Xiaoqin berkata, "antara syarikat-syarikat tersebut selain sahabat lama  juga ada rakan yang baru".

Sempena ketibaan Ekspo China-ASEAN Ke-4, semakin banyak syarikat di dalam dan luar negara berebut-rebut untuk mendapatkan peluang perniagaan.

Zhang Xiaoqin menyatakan bahawa sebagai ekspo yang dianjurkan bersama oleh 11 buah negara, Ekspo China-ASEAN telah menjadi platform pertukaran dan kerjasama China dengan ASEAN dalam pelbagai bidang. Seramai 82 ribu usahawan telah menyertai ekspo tersebut dalam tiga tahun yang lalu. Nilai kontrak perdagangan yang ditandatangani dalam ekspo itu mencecah 3.5 bilion dolar Amerika. Nilai kontrak pelaburan pula mencapai hampir 300 bilion dolar Amerika.

Dimaklumkan, Ekspo China-ASEAN Ke-4 akan diadakan di Nanning bermula 28 hingga 31 Oktober ini. Pada masa ini, kerja persiapan sedang diadakan dengan lancar.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |