v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Asing Tumpukan Perhatian terhadap Penutupan Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC
2007-10-22 08:54:46 CRI

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China (PKC) telah ditutup di Beijing semalam. Media-media utama di seluruh dunia telah membuat liputan mengenai peristiwa tersebut dan menumpukan perhatian kepada senarai Jawatankuasa Pusat dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat PKC yang baru serta kelulusan resolusi mengenai pemindaan "Perlembagaan Parti Komunis China" dalam kongres kebangsaan itu.

Agensi Berita Jiji dan Agensi Berita Kyodo Jepun berpendapat bahawa memaktubkan konsep pembangunan secara saintifik dalam Perlembagaan PKC memperlihatkan komitmen parti pemerintah China untuk membaiki kehidupan rakyat, membangunkan masyarakat harmoni, mewujudkan perkembangan ekonomi yang mantap dan berterusan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan, melindungi alam sekitar dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Agensi Berita AP, Reuturs dan AFP juga telah membuat liputan segera tentang pemilihan Jawatankuasa Pusat dan Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat PKC yang baru dalam Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC serta penutupan persidangan itu. Laporan Reuturs berpendapat bahawa konsep pembangunan secara saintifik ditekankan bertujuan untuk membolehkan golongan petani dan pekerja China menikmati faedah berikutan perkembangan ekonomi dan memulihkan keadaan pencemaran udara dan air.

Semalam, media utama Jerman, Britain, Australia dan Singapura telah melaporkan berita berkenaan mengenai penutupan Kongres Kebangsaan Ke-17 PKC.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |