Menurut Agensi Berita Xinhua China, sempena penutupan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China (PKC), rakyat China di seluruh negara dengan ria meraikan peristiwa yang bersejarah itu. Mereka yakin bahawa kongres itu nescaya akan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan masyarakat lumayan di China.
Ketua Jabatan Pentadbiran Sub-daerah Jalan Guangzhong, Daerah Hongkou Shanghai, Encik Wang Liping berkata, kongres itu telah menentukan hala tuju perkembangan sosioekonomi China pada masa akan datang dan mengemukakan langkah-langkah praktikal untuk mencapai matlamat tersebut. Rakyat China mengalu-alukan kongres tersebut.
Pegawai daripada Kilang Tekstil dan Pewarnaan Kedua Bandar Changsha, Qiu Shaohua menyatakan bahawa huraian tentang masyarakat harmoni yang dikemukakan oleh kongres tersebut telah memperlihatkan perhatian daripada PKC terhadap golongan pekerja di perusahaan dalam kesukaran. Kami amat teruja dengan perhatian daripada PKC.
Penggembala daripada Liga Alxa Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, Encik Zhang Xuezhi berkata, kongres itu telah menekankan usaha pewujudan kesedaran ekologi, ini merupakan berita yang memberangsangkan bagi kami. Kami akan berusaha membangunkan kampung halaman dan mencipta lembaran baru bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik.
|