Menurut berita CRI, sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China telah diadakan di Beijing pagi tadi. Sidang tersebut telah memilih anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-17 Parti Komunis China, iaitu Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang dan Zhou Yongkang. Hu Jintao terus menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat serta Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China.
Sidang tersebut juga telah memilih anggota dan anggota alternatif Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-17, anggota Sekretariat Jawatankuasa Pusat serta anggota Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China.
Sidang tersebut telah memilih anggota Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Ke-17 Parti Komunis China, meluluskan calon Setiausaha, Naib Ketua Setiausaha serta anggota Jawatankuasa Tetap Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Ke-17 Parti Komunis China. He Guoqiang menyandang jawatan sebagai Ketua Setiausaha suruhanjaya tersebut.
Setelah sidang tersebut berakhir, 9 orang anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China tersebut telah bertemu dengan media dalam dan luar negara. Hu Jintao menyatakan bahawa mereka akan berusaha mencapai sasaran yang ditetapkan dalam kongres tersebut bersandarkan usaha semua para anggota PKC dan rakyat di China dan memenuhi hasrat para anggota PKC dan rakyat China etnik. Beliau yakin bahawa dengan panduan kongres tersebut, rakyat China nescaya akan mencipta kehidupan yang lebih baik. Bangsa China akan memberi sumbangan yang lebih besar terhadap usaha keamanan dan pembangunan manusia.
|